Apa yang anda baca dibawah ini adalah maklumat yang di ambil dari blog lain .. kalu ikut blog lama maklumat di bawah iaitu semua gambar bertarikh bulan september 2012, tapi harini blog ni di edit semula sesuai pada masa sekarang 4.10.2013 . Supaya memudahkan para pesakit mencari rumah Bomoh Pakteh Jan (PTJ).
Di bawah ini adalah alamat website lama
http://detaipingconamor.blogspot.com/2011/09/bedah-jantung-tak-sampai-1-minit.html
Kunjungan aku ke Kedah pagi ni atas undangan rakan cyber aku Kak Su (KS) yang nun tinggalnya di Kuala Ketil. Pada mulanya aku berhasrat nak gi hari Ahad tapi ada kenduri, so gi awal sesudah solat Subuh. Sampai sana pukul 9am. Hajat aku sebenarnya nak ikut KS gi Jeneri, Sik, Kedah untuk menyaksikan sendiri perubatan "pembedahan batin instant" . . haaa..bukan mi megi atau susu budak saja ada instant..seeing is believing.
KS tahu tentang "Bomoh Diraja Kedah aka Pak Teh Jan" dari abangnya yang happy sebab tak perlu makan ubat diabetic lagi setelah "dibedah" oleh Pak Teh Jan (PTJ). Nama saja Pak Teh, setakat nama pangkat di kampung-kampung. Orangnya muda lagi, dalam tengah 40an.
Disebabkan KS ada GPS, jadi koordinat nak sampai ke simpang jalan ke rumah perubatan PTJ adalah :
N 5.52.036
E 100.39.097
Bagi yang tak ada GPS (macam aku hihi), laluannya ( dari exit Gurun) adalah:
1) Ambil jalan menghala ke pekan Jeniang
2) Bila berada di Pekan jeniang Depan sket jumpa jambatan ni
3) Terus sampai nampak simpang kiri ke Jeneri
4) Lepas tu, nampak simpang kiri TERDEKAT (gambar kat bawah) masuklah kiri (tak ada signboard) di bawah ni gambar lama .. sekarang kat simpang ni ada mini stesen minyak Buroqoil , terus masuk kiri.
5) Jalan terus sampai nampak satu lagi mini stesen minyak Buroqoil sebelah kanan. kalau anda perasan ini adalah stesen minyak Buroq oil yang kedua .
Dulu mini pam minyak adalah Caltex sebelum pam minyak Buroq oil .dengar cerita waktu dulu
Kalau turun tanya kat orang Caltex situ, dorang akan bagitau jalan yang salah . . errkkk. . .setelah sesi korek rahsia rupanya ada krisis antara tokey Caltex vs PTJ .. . . mmm..camtu rupanya
6) 50 m daripam minyak Buroq oil tu ada simpang Kg Tala dan masuk ke simpang kiri pertama tu simpang tanah merah dan signboard rumah pengubatan PTJ terpacak disebelah kanan jalan
7) Ni rupa jalan nak masuk ke tempat PTJ, tanah merah ye. Pakai selebet sudah la, takut nanti kasut Clark, Bonia, Nike, Bally uols rosak dek tanah merah hehehe
8) Kedai yang menyediakan sirih pinang dan air mineral utk digunakan oleh Pakteh jan (PTJ) nanti. Kalau parking penuh dekat area rumah PTJ, boleh park kat sini tapi kena tanya tuan rumah dulu... . Nun dipenghujung jalan merah adalah rumah pengubatan PTJ.
Jadi kalau terlepas kedai ni, nak menapak turun dan naik mau tercabut gak lutut (bahaya kalau hari hujan sbb licin sgt)
1set sirih berharga RM2 dan air mineral RM2 dari kedai sedara PTJ utk digunakan semasa proses pengubatan kelak.
1 set sirih dan air utk seorang pesakit. Kalau datang 5 beranak, kenalah 5 set.
9) Mendaki ke rumah pengubatan PTJ. Rumah ni hanya digunakan untuk berubat. PTJ dan orang kanannya tinggal di tempat lain. Harrier tu PTJ punya. 1 out of 18 luxurious cars he has . .wow. . ni org kanannya bagitau la
Kronologi sesampai kami ke destinasi: "Hari ni tak ramai" ulas KS bila melihat kuantiti pesakit yang menunggu. Sabtu lepas KS dah pegi dgn anak-anaknya. Masa tu ada lebih kurang 40 orang yang datang mahu mendapatkan khidmat kepakaran PTJ. "Tak perlu risau nak ambik nombor kalau ramai sebab PTJ asingkan pesakit ikut jenis penyakit then dia wat operation " jelas KS kepadaku. Masa kami melangkah masuk, PTJ sedang menjalankan pembedahan jantung terhadap pakcik ni. Nafasnya tercungap-cungap, kesian aku tengokkan keadannya yang ada beberapa penyakit besar (jantung, paru-paru, tangan tak boleh gerak, kaki bengkak dan percakapannya kurang jelas). Tak sempat nak rekod, PTJ dah selesai bedah jantung. "Alamak ! Pesakit jantung lain tak ada ke untuk saya rekod?" soal aku agak panik bila baru nak setting rekod, tamatlah pulak sesi bedah. Aisehman, superman, batman, ultraman, cicakman. Tapi apa-apa pon, pakcik ni memang sporting sebab kasi kerjasama kepada aku nak zoom dekat luka bedahnya dan benang hitam yang wujud selepas pembedahan dilakukan. Zoom lagi dekat ni pon susah sebab pakcik ni berolak-olak nafas dia. Benang hitam tu kena biar 3 hari supaya jahitan tak buka. Lepas tu, simpan la benang tu wat kenangan anak cucu cicit. Beralih kepada pesakit lain, yang "mild" sakitnya. Kakcik ni sakit hujung jarinya. Kebas-kebas. Kena tukar darah. Ada bahagian yang mcm kena "screw" balik . . bunyi mcm kelakor je. . tapi layannnn je lah SINI LORR Kemudian bang ni plak yang sakit migrain sebelah kepala dibedah oleh PTJ, tengok sini Kalau pesakit diabetis, pembedahan tak banyak beza. Di kepala jugak bedahnya. Lihat sini Next is turn KS tapi dia tak bagi rekod, malu katanya. Takut terjerit-jerit . . hehehe..ok lah. Sakit gastrik yang dialami KS dah 20 tahun. Perut sebelah kanan dibedah. "Mcm tertusuk besi dengan pantas dan pedih" ngadu KS. Sebelum bedah, PTJ mintak seorang nenek pegangkan kedua-dua tangan KS takut meronta. Parut sepanjang 1" jelas nampak, macam luka tergores kulit sahaja. Setiap pesakit diminta meminum air mineral yang telah dibacakan doa dan menghabiskan sirih 3 helai serta 3 hirisan pinang kering untuk tempoh 3 hari. Info-info tambahan sebelum pergi berubat kat PTJ ni : 1) Dibuka pada setiap hari kecuali JUMAAT 2) Waktu berubat 10 pagi hingga 2 petang. 3) Kos perubatan (pengeras dalam bahasa kasar) RM30.50 4) Barang-barang perlu dibawa @ beli sahaja kat kedai sebelum sampai rumah PTJ : 5 helai sirih, pinang & kapur dan air mineral 5) Hanya 1 PENYAKIT untuk diubat pada 1 HARI. Kalau ada 4-5 penyakit, kenalah berulang pergi. Homestay ada nearby pekan Jeniang, Gurun, Sg Petani (byk hotel kat sini). Nak happening dok Sg Petani la sebab town besar. Boleh cuci mata shopping ngeeeee. Naper tak boleh byk2 sakit diubati dalam sehari? Sebab risiko besar, takut pesakit tak tahan nanti. Itu penjelasan PTJ. 6) Masa makan set sirih mestilah teratur. Kalau hari pertama makan waktu siang, maka hari kedua dan ketiga pon makanlah waktu siang jugak. Ini untuk elakkan "result" yang yoyo (ada ups and downs). 7) Call PTJ ( 012- 4874952 / 012 - 5834504 ) sebelah malam sebab dia free sket masa tu. Lepas pukul 2 ptg, dia g wat part time bedah kat hospital swasta kat Penang setiap hari. Menurut org kanannya (Pak Tam) Hospital Metro Penang bayar PTJ mahal untuk khidmatnya. . . wow. . .kalau betul la gitu, memang jutawan la PTJ ni sebab dapat 5k-6k sehari !! Kira dia wat amal jariah la setiap hari kat Jeneri tu. Aku percaya semua ni adalah pemberian Allah swt kepada hambanya untuk membantu sesama manusia. Jangan taksub dengan PTJ atau sesiapa sahaja yang berupaya mengubati. Mereka hanyalah perantara sahaja. Qun fayaqun tetap Allah swt punya kuasa segalanya. Dia menghidupkan, Dia mematikan, Dia pemberi rezeki. Kita disuruh berikhtiar selagi ada daya, maka tidak salah untuk mencuba asalkan tidak memesongkan akidah dan keimanan kita. Berusaha, berdoa dan bertakawal. Selebihnya serahkan kepada yang Esa. Tidak ada penyakit yang tak boleh diubati kecuali mati. Maka teruskan berusaha demi mendapatkan kehidupan dan kesihatan fizikal dan mental, rohani dan jasmani yang lebih berkualiti. ~ Wallahualam ~